Pengurus
J&M Tech Resources
(SSM 202603230338 (CA0426874-K))
No 57, Jalan KS 5/14, Evergreen 3
KotaSAS, 25200 Kuantan, Pahang
Tuan,
Pelantikan J&M Tech Resources dan penamaan Admin Sekolah bagi platform onetwoclick: Nama Sekolah (Kod)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Nama Sekolah bersetuju melantik J&M Tech Resources untuk:
(a) menyediakan sistem tempahan dalam talian onetwoclick.my bagi sekolah ini;
(b) mengutip bayaran ibu bapa bagi pihak sekolah;
(c) menguruskan penghasilan dan penghantaran produk ke sekolah; dan
(d) menyerahkan baki jualan ke akaun rasmi sekolah bersama Penyata Penyelesaian,
tertakluk kepada Perjanjian Pelantikan Sekolah (Bahagian A dan C) di onetwoclick.my/perjanjian.
3. Pegawai berikut dinamakan sebagai Admin Sekolah dan diberi kuasa untuk mendaftar serta menguruskan akaun sekolah di onetwoclick:
| Nama | |
| Jawatan | |
| E-mel DELIMa | |
| No. telefon |
4. Baki jualan hendaklah diserahkan ke akaun rasmi sekolah berikut (akaun PIBG atau akaun rasmi persatuan guru yang diperakui ketua jabatan):
| Nama pemegang akaun | |
| Bank | |
| No. akaun |
5. Pembelian oleh ibu bapa adalah pilihan sendiri; pihak sekolah tidak mewajibkan sebarang pembelian.
6. Pelantikan ini berkuat kuasa pada tarikh surat ini dan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan notis bertulis 30 hari.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,