Langkau ke kandungan
Bantuan & Sokongan

Bagaimana kami boleh membantu?

Pasukan J&M membantu ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan tempahan, bayaran, produk dan Portal Sekolah.

Waktu sokongan

Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali cuti umum)

Mesej yang diterima di luar waktu sokongan dijawab pada hari bekerja berikutnya. Sasaran kami: pengesahan penerimaan dalam 1 hari bekerja.

Saluran pantas

WhatsApp: 010-217 0628
E-mel: admin@jmtechresources.my

Sertakan nombor pesanan (bermula OTC…) atau kod sekolah supaya kami dapat membantu dengan segera. Jangan hantar nombor kad, kata laluan atau No. Kad Pengenalan.

Status sistem semasa: lihat Status Sistem

Untuk ibu bapa

Di mana saya boleh mendapatkan pautan kedai sekolah?

Pautan atau kod QR kedai diberi oleh sekolah melalui kumpulan WhatsApp kelas atau poster di sekolah. Kedai sekolah tidak disenaraikan secara awam. Tiada pautan? Hubungi guru kelas anak anda.

Bagaimana menyemak status pesanan atau memuat turun resit?

Buka pautan Lihat pesanan saya dalam e-mel pengesahan. Halaman itu memaparkan status setiap produk, anggaran tarikh agihan dan resit rasmi (PDF).

Saya telah membayar tetapi tidak menerima e-mel.

Semak folder Spam atau Promosi. Jika masih tiada dalam 1 jam, hantar mesej melalui borang di bawah dengan nama sekolah, nama pembeli, e-mel yang digunakan dan tarikh bayaran.

Bayaran FPX saya ditolak atau tergantung.

Jika wang tidak ditolak daripada akaun, cuba semula melalui pautan kedai. Jika wang telah ditolak tetapi status pesanan belum Dibayar, bank biasanya mengesahkan dalam beberapa minit. Jangan bayar dua kali; hubungi kami dengan nombor pesanan.

Bagaimana membetulkan nama murid, kelas atau saiz?

Sebelum kedai ditutup, betulkan sendiri melalui pautan Semak pesanan. Selepas kedai ditutup, rujuk Dasar Pembatalan & Bayaran Balik.

Bilakah produk sampai?

Tarikh anggaran agihan dipaparkan bagi setiap produk di kedai, di resit dan di halaman Semak pesanan. Produk diagihkan di sekolah melalui guru kelas. Lihat Dasar Penghantaran.

Untuk pihak sekolah

Bagaimana sekolah mula menggunakan onetwoclick?

Daftarkan sekolah di halaman pendaftaran menggunakan akaun DELIMa pentadbir. J&M menyemak pendaftaran dan Perjanjian Pelantikan, kemudian sekolah boleh menetapkan musim tempahan di Portal Sekolah. Lihat Cara Bermula.

Saya tidak dapat log masuk ke Portal Sekolah.

Gunakan akaun Google DELIMa (@moe-dl.edu.my) yang didaftarkan. Akaun tambahan perlu ditambah oleh pentadbir utama sekolah di tab Akaun. Jika masih gagal, hubungi kami dengan kod sekolah.

Bagaimana berkongsi pautan kedai dengan ibu bapa?

Di Portal Sekolah, tab Papan Pemuka: salin pautan, salin mesej WhatsApp siap, atau muat turun Poster A4 ber-kod QR. Lihat Panduan Portal Sekolah.

Pautan kedai tersebar di luar sekolah.

Tekan Tukar Kunci Pautan di Portal Sekolah. Pautan lama terus tidak berfungsi; kongsi pautan baharu kepada ibu bapa.

Bilakah bahagian sekolah diserahkan?

Dalam 14 hari selepas penerimaan produk disahkan, ke akaun rasmi sekolah yang telah disahkan, bersama penyata akhir musim.

Lihat semua soalan lazim ➜

Hantar mesej kepada kami

Jangan sertakan nombor kad, kata laluan atau No. Kad Pengenalan.

Prosedur aduan

  1. Hantar aduan melalui borang di atas, WhatsApp atau e-mel, dengan nombor pesanan, butiran masalah dan gambar bukti (jika ada).
  2. Kami memberi pengesahan penerimaan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja dan berusaha menyelesaikannya dalam tempoh 14 hari.
  3. Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh membawa aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atau Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

Maklumat syarikat

J&M TECH RESOURCES (No. Pendaftaran SSM 202603230338 (CA0426874-K))
No 57, Jalan KS 5/14, Evergreen 3, KotaSAS, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia

Kaedah bayaran: FPX (perbankan dalam talian) dan kad debit/kredit melalui halaman bayaran Stripe yang selamat.