Dasar Pembatalan & Bayaran Balik
Versi 0.10 (draf) · Dikemas kini 7 Oktober 2026
Ringkasan: anda boleh membatalkan pesanan dengan bayaran balik penuh sebelum kedai sekolah ditutup. Selepas kedai ditutup, tiada bayaran balik kerana berubah fikiran. Produk rosak atau salah akan diganti atau dibayar balik sepenuhnya.
1. Sebelum kedai sekolah ditutup
- Pembatalan penuh: anda boleh membatalkan pesanan melalui pautan Semak pesanan dalam e-mel pengesahan. Bayaran dipulangkan sepenuhnya kepada kaedah bayaran asal, tanpa potongan.
- Pembetulan: nama murid, kelas dan saiz boleh dibetulkan melalui pautan yang sama, tanpa caj.
2. Selepas kedai sekolah ditutup
Pesanan dikunci untuk penghasilan. Tiada pembatalan atau bayaran balik kerana berubah fikiran. Keadaan berikut masih dilindungi:
| Keadaan | Penyelesaian |
|---|---|
| Produk rosak atau cacat: cetakan kabur, warna salah, koyak, luntur, atau rosak semasa penghantaran | Diganti, atau bayaran balik penuh jika tidak dapat diganti. Laporkan dengan gambar bukti dalam 14 hari selepas produk diterima. |
| Produk salah: produk, nama, kelas, saiz atau jenis tidak sama dengan pesanan | Diganti, atau bayaran balik penuh jika tidak dapat diganti. |
| Tukar saiz baju | Dibenarkan dalam 7 hari selepas agihan, tertakluk kepada stok saiz yang diminta. Baju mesti belum dipakai atau dicuci. |
| Pesanan lewat ditolak sekolah: bayaran disahkan selepas kedai ditutup dan sekolah tidak menerimanya | Bayaran balik penuh. |
| Bayaran berganda atau kesilapan jumlah | Bayaran balik lebihan atau perbezaan. |
| Pembatalan oleh J&M atau sekolah | Bayaran balik penuh. |
3. Keadaan yang tidak layak
- Berubah fikiran selepas kedai ditutup.
- Tersilap memilih murid, kelas, produk atau saiz yang tidak dibetulkan sebelum kedai ditutup, kecuali tukar saiz dalam 7 hari selepas agihan seperti di atas.
- Murid berpindah sekolah atau tidak hadir semasa agihan. Produk akan disimpan oleh pihak sekolah.
- Perbezaan kecil warna akibat paparan skrin peranti.
4. Cara membuat tuntutan
Hubungi kami melalui halaman Bantuan & Aduan dengan menyatakan nombor pesanan atau nombor resit, jenis masalah dan gambar bukti (jika berkaitan). Setiap keputusan direkodkan.
5. Cara bayaran balik dibuat
- Bayaran balik dibuat kepada kaedah bayaran asal, sepenuhnya, tanpa potongan caj pemprosesan. E-mel makluman dihantar kepada anda.
- FPX: bayaran balik melalui pemproses bayaran boleh dibuat dalam tempoh 60 hari selepas bayaran. Selepas tempoh itu, bayaran balik dibuat oleh J&M melalui pindahan bank ke akaun yang anda isi melalui borang selamat di halaman Semak pesanan (kami akan menghantar e-mel jika ini diperlukan). Maklumat akaun bank digunakan untuk bayaran balik sahaja dan dipadam sebaik bayaran balik direkodkan. Nota kredit dikeluarkan seperti biasa.
- Kad: tempoh penerimaan bergantung pada bank pengeluar kad anda.
Hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 tidak terjejas oleh dasar ini.