Langkau ke kandungan

Pusat Soalan Lazim

Ada soalan?

Taip kata kunci atau pilih kumpulan anda.

Untuk ibu bapa & pembeli

Pautan kedai diberi oleh sekolah melalui WhatsApp atau kod QR. Setiap pautan mengandungi kunci khas bagi musim tempahan tersebut. Tiada pautan? Hubungi guru kelas anak anda.

Kedai peniaga atau organisasi boleh dibuka setiap hari melalui pautan yang dikongsi oleh penjual, tanpa musim tempahan. Pesanan boleh dibatalkan dalam 24 jam selepas bayaran selagi penjual belum mula memprosesnya. Status pesanan dan nombor penjejakan (jika dipos) dipaparkan di halaman Semak pesanan.

Tidak. Anda hanya perlu mengisi nama dan email. Resit dan pautan Semak pesanan dihantar ke email tersebut. Untuk melihat semua pesanan anda sekali gus, buka Pesanan saya dan taip email anda; pautan selamat (sah 24 jam) akan dihantar ke email itu. Anda juga boleh menandakan "Ingat butiran saya di peranti ini" semasa membayar supaya nama, email dan alamat diisi secara automatik pada pembelian seterusnya.

Boleh. Tambah setiap murid (nama dan kelas), kemudian pilih produk bagi setiap murid. Semua dibayar sekali gus dalam satu bayaran.

FPX (perbankan dalam talian), kad debit/kredit, Apple Pay, Google Pay, GrabPay dan Link melalui halaman bayaran Stripe yang selamat. Apple Pay dan Google Pay dipaparkan pada peranti yang menyokongnya. Tiada caj tambahan untuk pemprosesan bayaran.

Tidak. Pembelian adalah atas pilihan ibu bapa atau penjaga sendiri. Pihak sekolah tidak mewajibkan sebarang pembelian melalui onetwoclick.

Sebelum kedai ditutup, betulkan melalui pautan Semak pesanan dalam email anda. Selepas agihan, tukar saiz dibenarkan dalam 7 hari tertakluk kepada stok.

Ya. Bagi tempahan bermusim, pembatalan penuh dengan pemulangan bayaran penuh dibenarkan sebelum kedai ditutup; selepas kedai ditutup, tiada pemulangan bayaran kerana berubah fikiran. Bagi kedai yang sentiasa dibuka, pembatalan dibenarkan dalam tempoh 24 jam selepas bayaran, selagi penjual belum memproses pesanan. Pesanan yang mengandungi Fail Digital tidak lagi boleh dibatalkan selepas pautan muat turun disediakan. Lihat Dasar Pembatalan & Pemulangan Bayaran.

Tarikh anggaran agihan dipaparkan bagi setiap produk di kedai dan di resit. Anggaran ini bergantung pada pembekal dan boleh berubah. Lihat Dasar Penghantaran.

Semak folder Spam atau Promosi. Jika masih tiada, hubungi kami dengan nama kedai, nama pembeli dan tarikh bayaran.

Untuk sekolah

Tiada yuran langganan atau kos sistem. Bagi baju dan gambar J&M, kos J&M termasuk dalam harga lantai produk. Jika sekolah menjual produk sendiri, cas platform 6% + RM1.00 dikenakan bagi setiap pesanan dan ditolak daripada hasil jualan.

Bahagian sekolah ialah perbezaan antara harga jual yang ditetapkan sekolah dan harga lantai J&M, bagi setiap unit yang dijual.

Dalam 14 hari selepas penerimaan produk disahkan, ke akaun rasmi sekolah (PIBG atau persatuan guru yang diperakui ketua jabatan), bersama penyata akhir musim.

Satu Admin utama dan sehingga tiga akaun DELIMa tambahan yang ditambah oleh Admin Sekolah. Guru kelas tidak perlu log masuk.

Produk dibungkus ikut kelas bersama Senarai Agihan Kelas (PDF dengan lajur tandatangan dan fail Excel). Guru kelas menyerahkan produk dan murid atau penjaga menandatangani senarai.

Bayaran yang disahkan selepas kedai ditutup. Sekolah boleh menerima atau menolaknya dalam 7 hari melalui portal. Jika tiada jawapan, pesanan dianggap diterima. Bayaran bagi pesanan yang ditolak dipulangkan sepenuhnya.

Untuk peniaga kecil & organisasi

Pendaftaran akaun peniaga dan organisasi adalah percuma tanpa sebarang yuran bulanan atau komitmen tetap.

Bagi jualan produk sendiri peniaga, cas platform ialah 6% daripada nilai produk sendiri dalam setiap pesanan, ditambah RM1.00 sekali bagi setiap pesanan yang berjaya dibayar (merangkumi yuran Stripe dan kos operasi sistem). Caj ini ditolak daripada hasil jualan dan tidak ditambah kepada harga pembeli. Bagi produk J&M, peniaga hanya membayar harga lantai yang ditetapkan.

Bagi tempahan bermusim, baki dipindahkan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan produk disahkan. Bagi kedai yang sentiasa dibuka, pesanan layak dimasukkan ke penyelesaian bulanan 7 hari selepas ditandakan "Telah diserahkan", dan baki bulanan dipindahkan dalam tempoh 14 hari selepas hujung bulan. Setiap pindahan dibuat ke akaun bank rasmi yang telah disahkan, bersama Penyata Penyelesaian.

Akaun peniaga dan organisasi boleh mendaftarkan sehingga 30 produk aktif pada satu-satu masa. Pesanan minimum bagi setiap pembelian ialah RM5.00, kecuali pesanan gambar kelas dan Fail Digital yang boleh dibeli sekeping.

Boleh. Anda mempunyai suis di portal untuk mengaktifkan atau mematikan katalog produk J&M (baju & gambar) atau menggabungkannya bersama produk ciptaan anda sendiri.

Tiada soalan sepadan. Cuba kata kunci lain atau hubungi kami.

Soalan lain? Hubungi kami.