Dasar Penghantaran
Versi 0.9 (draf) · Dikemas kini 7 Oktober 2026
1. Ke mana produk dihantar
- J&M TECH RESOURCES menghantar produk terus ke sekolah. Tiada penghantaran ke alamat rumah.
- Produk dibungkus mengikut kelas dan disertakan Senarai Agihan Kelas supaya guru kelas dapat menyerahkan produk kepada murid dengan teratur.
- Kos penghantaran ke sekolah telah termasuk dalam harga produk.
2. Anggaran masa mengikut produk
Masa dikira dari tarikh kedai sekolah ditutup, kerana penghasilan bermula selepas semua tempahan dikumpul.
| Produk | Anggaran |
|---|---|
| Baju (termasuk Baju KRMJ) | Cetakan sekitar 22 hari bekerja[menunggu pengesahan pembekal]. Jumlah kira-kira 6 minggu selepas kedai ditutup, termasuk pembungkusan ikut kelas dan penghantaran ke sekolah. |
| Produk sekolah lain | Mengikut tempoh yang dipaparkan bagi produk itu di kedai sekolah. |
| Gambar kelas & fail digital | Akan datang. |
3. Bagaimana tarikh anggaran dikira
- Setiap produk mempunyai hari proses yang ditetapkan oleh J&M, iaitu bilangan hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari tarikh kedai ditutup hingga produk sedia diagihkan di sekolah.
- Tarikh anggaran = tarikh kedai ditutup + hari proses produk. Tarikh ini dipaparkan di kedai sekolah sebelum anda membayar, dan dicetak pada resit.
- Tarikh tersebut ialah anggaran. Cuti umum, cuti sekolah atau gangguan pembekal boleh melanjutkannya. Kami akan memaklumkan sekolah sekiranya berlaku kelewatan.
4. Status pesanan anda
Anda boleh menyemak status melalui pautan Semak pesanan dalam e-mel pengesahan, tanpa perlu log masuk. Status dipaparkan bagi setiap jenis produk:
- Dibayar: bayaran telah disahkan.
- Diproses: kedai telah ditutup dan produk sedang dihasilkan.
- Sedia diagih: produk telah tiba di sekolah.
- Diagihkan: produk telah diserahkan kepada murid melalui guru kelas.
5. Pesanan lewat
Jika bayaran anda disahkan selepas kedai ditutup (contohnya bayaran FPX yang lambat disahkan), pesanan tetap diterima dan ditanda Lewat. Pihak sekolah akan menerima atau menolak pesanan tersebut dalam tempoh 7 hari. Pesanan yang ditolak dipulangkan bayaran sepenuhnya. Pesanan lewat yang diterima mungkin dihantar berasingan dan lebih lewat daripada tarikh anggaran asal.
6. Produk rosak, salah atau tidak sesuai saiz
Rujuk Dasar Pembatalan & Bayaran Balik bagi penggantian, tukar saiz dan bayaran balik.